18 September 2008

Perubahan Logo Ammarsdc

Bulan nie rasa nak tukar hala pula. Dulu, blog nie sebagai blog info je. Kini nak jadikan blog ini blog islamic sedikit. Bukan apa sambil-sambil sambut ramadhan dan dah dekat raya pun... Tak de ape nak ubah. Tapi, nak ubah reka bentuk blog ini. Macam - macam keje nak buat.

Kalau nak tahu logo lama dan baru, tengok bawah nie.
------------------------------------------------------
Logo Lama:
------------------------------------------------------

------------------------------------------------------
Logo Baru:
------------------------------------------------------

------------------------------------------------------

31 Ogos 2008

Senarai Mel Ammarsdc

  1. ammarsdc@ustazmelaka.net
  2. ammarsdc@yahoo.com
  3. ammarsdc@hotmail.com

Dah Datang Dan Akan Datang...

Dah Datang...
-------------------------------------------------------

  1. Portal Ustaz Melaka = www.ustazmelaka.net
  2. Hari Kemerdekaan 51
  3. e-ChUM = www.ustazmelaka.net

Akan Datang
------------------------------------------------------

  1. Ammarsdc = www.ammarsdc.ustazmelaka.net
  2. Sedara Dot Com = www.sedaradotcom.ustazmelaka.net
  3. SMKASM V2 = www.smkasm.net

30 Ogos 2008

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak

Assalamulaikum...
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog saya lagi. Oh ye! sorrylah lari topik. Saya nak ucap selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak 1429 hijrah. Bulan puasa bulan mubarak( membawa berkat ) kepada umat Islam di Malaysia. Jika nak cerita tentang bulan ini, memang panjang ceritenyer. Tapi kalau nak pendekkan cerita, terdapat satu malam di dalam bulan ini dimana pahala yang dibuat pada malam itu dikurniakan seperti pahala 1000 bulan. Wah, banyak tu!. Oleh itu, sama-sama lah kita mengejarnya. Bulan puasa juga bulan di mana al-Quran diturunkan. Kita dapat lihat keberkatan bulan ini. Sedangkan kitab junjungan kita sendiri ( al-Quran ) turun pada bulan Ramadan. Kita mestilah manfaatkan sepenuhnya di dalam bulan ini. Kita semua jangan lepaskan peluang ini, tambahan lagi segala cicit, cucu, anak, bapak, datuk, moyang, tokyang, dan yang-yang syaitan diikat dan dicampakkan didalam lautan.

29 Ogos 2008

Portal Ustaz Melaka

Assalamalaikum....
Saya minta maaf sebab dah lama sangat tak UPDATE blog nie. Saya tak de masa. Tambahan pula, saya sedang sibuk membangunkan laman web www.ustazmelaka.net. Layarilah laman web nie. Macam-macam ada...
Laman web nie bukan untuk ustaz-ustaz di Melaka sahaja tetapi untuk semua manusia di dunia yang memahami bahasa melayu.
Selamat berkunjung ke Portal Ustaz Melaka.

10 Mac 2008

Cuti Sekolah Ke 3

Assalamualaikum...
Apa perancangan kawan - kawan semua masa cuti nie. Kalau saya lah, saya tak kemana. Cuma jalan - jalan kat luar rumah je... Nak jalan - jalan macam mana? kerja banyak lah... Projek yang sedang dibangunkan nie projek penting. Penting sangat. Saya sedang bangunkan sebuah laman web Falak ( al-Khawarizmi ) bersama geng pembangun laman web kat sekolah. Nak tahu tak sape geng - geng tersebut.
----------------------------------------------------------------------------
Geng pembangun laman SMK(A) Sultan Muhammad:
1. Webmaster: Muhammad Ammar ( Ammarsdc ) - 13 Tahun

2. Rekaan dan bentuk: Mohd Syafiq ( Syafitri ) - 15 Tahun
3. Pemberi Idea 1: Muaz ( Along Mie ) - 13 Tahun
4. Pemberi Idea 2: Affin ( Affin ) - 13 Tahun
5. Pemberi Idea 3: Muhd Syakirin ( Sharkhack ) - 14 Tahun
----------------------------------------------------------------------------
Di atas nie, ialah geng - geng pembangun laman.
Sampai sini sajalah buat masa ini. Sehingga Berjumpa Lagi. Bye....

06 Mac 2008

Kejayaan Sedara Dot Com

Assalamualaikum...
Alhamdulillah proses menaik taraf dan proses penambahan beberapa servis telah berjaya. Servis tersebut ialah:
----------------------------------------------------------------------------

Servis Baru:
1. Membekalkan Alatan Pejabat.
2. Jual, Servis dan Baik Pulih Komputer, Pencetak, LCD.
3. Perkhidmatan Internet dan Alat Komunikasi.
4. Membangunkan Laman Web Dan Aplikasi.
5. Menjual Kad Prabayar
6. Perdagangan Secara Elektronik ( e-Commerce )
----------------------------------------------------------------------------
Semua Servis:
Membekalkan Alatan Pejabat, Jual, Servis Dan Baik Pulih Komputer, Pencetak, LCD, Perkhidmatan Internet dan Alat Komunikasi, Membangunkan Web Dan Aplikasi, Kad Prabayar dan Perdagangan Secara Elektronik ( e-Commerce ).
----------------------------------------------------------------------------
Semua Servis Yang Telah Di Perbaharui Di Atas Telah Rasmi Pada 6 Mac 2008.
Saya Berasa Amat Bersyukur dan Sangat Bangga Kerana Sedara Dot Com Berjaya Menaik Taraf Beberapa Servis dan Aplikasi.

01 Mac 2008

Laporan SDC

Assalamualaikum...
"Ahli SDC Sentiasa Cemerlang dan Gemilang". Berdasarkan perinsip di atas, kami sentiasa melakukan sesuatu perkara supaya kelihatan cemerlang dan sentiasa gemilang. Alhamdulillah saya sebagai webmaster sedara dot com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa melawat laman blog saya yang tak seberapa nie.
Selepas ini, kami akan cuba mendapatkan lesen syarikat untuk membangunkan laman web secara rasmi. Jika ianya terjadi, ini menunjukkan sedara dot com sudah naik satu tahap lagi dan menunjukkan kami semakin menuju ke arah yang generasi yang terbilang. Setakat ini, Servis yang telah berlesen ialah seperti di bawah,
----------------------------------------------------------------------------
1. Menjual dan Servis Komputer, Peralatan ICT dan Pejabat.
2. Menyediakan Perkhidmatan Internet.
----------------------------------------------------------------------------
Insyaallah, kami akan terus berusaha supaya usaha kami akan terus cemerlang dan gemilang serta insyaallah akan ke tahap gemilang pada masa akan datang.

25 Februari 2008

Pendahuluan

Assalamualaikum...
Selamat Datang Ke Laman Blog Ammarsdc. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayari blog yang tak seberapa ini. Walaupun begitu, Saya telah meletakkan beberapa kemudahan untuk diguna pakai dan akan ditambah jika saya terjumpa beberapa skrip yang menarik untuk dikongsi bersama.