30 Ogos 2008

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak

Assalamulaikum...
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog saya lagi. Oh ye! sorrylah lari topik. Saya nak ucap selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak 1429 hijrah. Bulan puasa bulan mubarak( membawa berkat ) kepada umat Islam di Malaysia. Jika nak cerita tentang bulan ini, memang panjang ceritenyer. Tapi kalau nak pendekkan cerita, terdapat satu malam di dalam bulan ini dimana pahala yang dibuat pada malam itu dikurniakan seperti pahala 1000 bulan. Wah, banyak tu!. Oleh itu, sama-sama lah kita mengejarnya. Bulan puasa juga bulan di mana al-Quran diturunkan. Kita dapat lihat keberkatan bulan ini. Sedangkan kitab junjungan kita sendiri ( al-Quran ) turun pada bulan Ramadan. Kita mestilah manfaatkan sepenuhnya di dalam bulan ini. Kita semua jangan lepaskan peluang ini, tambahan lagi segala cicit, cucu, anak, bapak, datuk, moyang, tokyang, dan yang-yang syaitan diikat dan dicampakkan didalam lautan.

1 Komen:

HeLmI berkata...

bagus kau wat camni ammar .i will support u
eno_spear@ yahoo.com utk kenal aku. .G0od LuCK